Tips 04 : Info Internet


Apa Itu Internet? 

INTERNET ialah Satu singkatan bagi perkataan “inter network” . Merupakan rangkaian bagi rangkaian computer global (Wide Area Network atau WAN) yang menghubungkan berjuta-juta computer di dunia. Internet juga merupakan jalinan rangkaian komputer dengan rangkaian komputer lain di seluruh dunia. Ini membolehkan kita berkomunikasi dan bertukar maklumat antara individu dan manusia sejagat.
Internet menyediakan berbagai kemudahan yang antara lainnya termasuklah Telnet iaitu mengakses sesebuah komputer dari jarak jauh, ‘IRC chat’ iaitu berbual dengan individu lain di merata dunia, menghantar dan menerima mel, rangkaian ‘newsgroup’, memindahkan fail antara satu komputer dengan komputer yang lain (ftp) dan akses ke WWW (World Wide Web).

Bagaimanakah internet berfungsi? 

Kebanyakan pengguna internet dari rumah menggunakan sambungan dial up melalui modem untuk ke internet. Proses mencapai internet bermula apabila mendail ke ISP (Internet Service Provider) seperti TMnet, atau JARING. Secara ringkasnya sambungan ke internet bermula dari PC anda apabila menggunakan pelayar web (contohnya) dengan menggunakan TCP/IP berhubung ke internet.Internet menggunakan protokol yang dinamakan TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol) yang merupakan bahasa standard untuk internet.
Signal analogue dari modem akan "berlayar" melalui wayar copper di tiang2 telefon di kawasan rumah ke ibusawat Telekom yang terdekat.Peringkat ini adalah dinamakan "transmission facilities" merupakan media fizikal yang menyambungkan signal dari rangkaian ke rangkaian lain. Switch atau Exchange yang biasanya terletak di pejabat Telekom berdekatan, akan menghalakan talian anda mengikut nombor panggilan yang dibuat. Contohnya jika anda dail kepada no 1511 sambungan akan dihalakan kepada ISP JARING dan jika 1515 akan disambungkan ke TMNET.
Switch atau Exchange secara amnya bertugas menyediakan akses tempatan bagi sesebuah kawasan, menghubungkan panggilan dari satu pengguna ke pengguna lain bagi kawasan tersebut. Selain dari itu ia juga menyediakan khidmat lain seperti "call waiting", " call transfer" dan lain-lain. Proses pengesahan (authentication) dari segi login dan password disahkan dengan cara membandingkan login/katalaluan yang anda masukkan dengan sebuah database pengguna yang telah berdaftar secara sah. Kemudian anda disambungkan kepada beberapa perkhidmatan untuk pengguna internet ,
Contohnya Domain Name Server (DNS) .Tugasnya untuk menukarkan nama domain contohnya www.ittutor.net kepada ip address dari sebuah database besar yang sentiasa di "update"kan. Email Server-POP (Post Office Protocol) Server contohnya pop10.jaring.my merupakan email host anda.
News Server-Server untuk menghubungkan anda kepada usenet contohnya news.jaring.myServer-server ini memerlukan sistem yang cekap dan pantas bagi memproses permintaan dari pengguna-pengguna internet. Selain dari itu anda juga anda disambungkan kepada billing system yang merekodkan penggunaan masa internet. Billing system bergantung kepada equipment yang digunakan, biasanya menghasilkan CDR atau SNMP yang akan dipungut oleh billing system atau mediation server.
Beberapa komponen network yang lain juga digunakan seperti firewall dan intrusion detection system (IDS) untuk sekuriti , load balancing untuk pembahagian beban , cache engine untuk mencepatkan akses. Internet backbone merupakan tulang belakang kepada ISP anda. Biasanya menggunakan high end routers dan mempunyai routing table yang kompleks. Kelajuan dan kapasiti merupakan salah satu isu utama. Jika laluan kecil seperti copper wire di tiang-tiang telefon tersebut diandaikan sebagai jalanraya, internet backbone ini bolehlah disamakan sebagai lebuhraya.
Pelbagai teknologi digunakan seperti ATM, T1,T3,STM yang berbeza dari segi kelajuan dan mungkin juga medium yang digunakan seperti fiberoptik. Sambungan dari internet backbone tersebut disambungkan melalui laluan didasar laut ke negara- negara lain.
Akhirnya dari backbone tersebut kita disambungkan kepada servis-servis internet seperti anda sekarang ini disambungkan kepada webserver yang berada jauh beribu batu dari lokasi komputer anda!Webserver anda mungkin menggunakan OS yang berlainan seperti Linux, Windows NT, UNIX, FreeBSD dan lain-lain.rnJenis-jenis perkhidmatan dalam internetrn• Berkomunikasi menerusi e-mail - Emel atau mel eletronik.
Dengan menggunakan kemudahan Internet, mesej, memo mahupun surat boleh dihantar tanpa melalui mel pos biasa. Tiada sampul surat dan tiada setem dilekatkan. Mesej yang dilantar melalui email boleh diterima dengan lebih cepat. Mesej juga boleh dihantar kepada ramai penerima dengan menggunakan satu emel bagi satu-satu kumpulan.

Memperolehi maklumat menerusi World Wide Web (WWW) 
Ia merupakan koleksi beberapa halaman yang tersimpan di dalam komputer di seluruh dunia dan boleh di cantum atau disambungkan melalui pautan hiperteks.WWW dapat menyediakan kemudhan pengunaan pautan antara fail dalam komputer di seluruh dunia. WWW ini dapat di layari menggunakan pelayar Internet seperti Netscape Navigator, Microsoft Internet Explorer dan sebagainya.
  • Memindah fail menerusi File Transfer Protocol (FTP) - FTP atau File Transfer Protocol ialah piawai protokol internet yang digunakan untuk pertukaran fail di antara komputer di internet. Seperti juga HTTP yang digunakan untuk memindahkan halaman web, SMTP untuk memindahkan email, FTP juga bertindak di dalam protokol TCP/IP.
  • Membaca Berita
  • Jual Beli Barang
  • Perisian Percuma
  • Mencari Pekerjaan
  • Permainan Video
  • Kursus Secara On Line
  • Kajian Dan Penyelidikan