Fungsi

Latar Belakang Unit


Unit Teknologi Maklumat Lembaga Pelabuhan Johor telah ditubuhkan mengikut cadangan penstrukturan semula oleh Lembaga Pelabuhan Johor selepas Akta Pelabuhan-pelabuhan (Penswastaan) 1990 digubal di mana sebuah syarikat telah diswastakan oleh Kerajaan untuk merancang, membina, mengendali dan menguruskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pelabuhan tersebut yang dikenali sebagai Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).


Unit ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Unit Sistem dan Unit Teknikal. Seramai 5 orang kakitangan ditempatkan di unit ini untuk membantu pihak Lembaga Pelabuhan Johor melancarkan urusan pentadbiran dan pengurusan melalui potensi yang boleh disediakan oleh kemajuan teknologi ICT.


Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang pertama dilantik pada 9 Februari 2004. Unit ini diperkukuhkan lagi dengan adanya dua orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 dan seorang Juruteknik Komputer F17. Bagi membantu kerja-kerja pentadbiran, seorang Pembantu Tadbir Gred N17 telah ditempatkan di unit ini bermula Ogos 2012.


Unit Teknologi Maklumat ini adalah di bawah seliaan Bahagian Korporat dan Pembangunan yang bertanggungjawab mengukuhkan lagi sumber-sumber yang ada bagi memastikan fungsi-fungsi pengawalseliaan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Objektif Unit

1. Menambah kecekapan dan keberkesanan kerja melalui potensi yang boleh disediakan oleh kemajuan ICT.
2. Mengawal, mentadbir, memantau dan mengikuti kemajuan ICT semasa supaya dapat diaplikasikan di Lembaga Pelabuhan Johor secara teratur, sistematik dan kompetitif.