Friday, October 05, 2012

Samsung Galaxy Note 2 Sudah Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 2,499.00


                         samsung galaxy note 2 ii gt n7100 price release launch date malaysia

Walaupun Galaxy Note 2 akan dilancarkan secara rasmi pada minggu hadapan oleh Samsung Malaysia, kelihatannya sudah ada penjual atau kedai di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah menjual phablet terbaru keluaran syarikat Samsung ini lebih awal.
Jualan Samsung Galaxy Note 2 ini sudah boleh mula dilihat di laman Lelong.com.my menerusi carian “galaxy note 2”. Harga Samsung Galaxy Note 2 yang dijual di laman ini adalah RM2,499 dan tidak termasuk kos penghantaran. Galaxy Note 2 yang dijual adalah model dengan memori dalaman (internal memory) 16GB dan merupakan set AP (Approval Permit) dengan jaminan (warranty) selama 24 bulan dari kedai itu sendiri dan bukannya dari SME (Samsung Malaysia Electronics).
samsung galaxy note 2 ii lelong bid buy malaysia
Bagi anda yang sudah tidak sabar untuk memiliki gajet ini dengan seberapa segera yang mungkin terutamanya yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor, bolehlah membuat pembelian di laman Lelong.com.my itu.
Dan bagi anda yang masih boleh bersabar, tunggu sahaja pada minggu hadapan dimana Samsung akan mengumumkan berapakah harga runcit/rasmi bagi Galaxy Note 2 ini di Malaysia. Jangkaan awal mengatakan ianya akan dijual pada harga RM2,299 iaitu harga yang sama sewaktu Samsung Galaxy Note model pertama dijual pada tahun lalu.
Seiring dengan pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia nanti, sudah pasti akan ada tawaran menarik dari syarikat telefon (telco) seperti Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile kepada para pengguna yang berminat untuk mendapatkan gajet ini nanti pada harga yang lebih murah.
Maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy Note II boleh dibaca menerusi blog post berikut : http://www.kelabwebmaster.com/blog/samsung-galaxy-note-2-dilancarkan-secara-rasmi.html
Samsung Galaxy Note 2 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 11 Oktober 2012 (Khamis).