Kamera Wifi
KEPADA peminat yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi kini berpeluang mengolah daya kreativiti mereka menerusi Kamera Sistem Kompak (CSC) terbaru Samsung yang diperkenalkan dalam rangkaian model NX.
Kemunculan siri ketiga kamera CSC Samsung itu ditampilkan menerusi siri NX1000; selepas NX20 dan NX210 ditawarkan di pasaran sebelumnya.
Bagi NX1000, dua ciri unik serta menarik yang berjaya diketengahkan Samsung adalah pengkhususan membangunkan produk untuk segmen pengguna baru.
Pada masa sama, ia memberikan tambah nilai apabila turut dilengkapi sistem sambungan WiFi yang cekap.
Gambaran NX1000 dikhususkan untuk segmen pengguna baru dapat dilihat daripada bahan yang kurang berkualiti digunakan dan sedikit menyedihkan apabila kelasakannnya boleh dipersoalkan.
Di sebalik faktor penampilan kurang menonjol, NX1000 memanfaatkan kehadirannya di pasaran sebagai satu-satunya kamera CSC di pasaran paling ringan pernah dibangunkan pada berat 0.217 kilogram.
Sekiranya sasaran pelanggan bagi NX1000 tertumpu kepada segmen peminat dunia fotografi novis, sudah tentu ciri WiFi yang didatangkan mampu menjadi daya tarikan kepada pemilik laman rangkaian social untuk memilikinya.
Ringan, cekap dan efisien sedikit sebanyak menggambarkan keperluan kamera Samsung NX1000 di kalangan pelanggan warga kota yang tidak memerlukan fungsi kamera canggih .
Boleh disifatkan kamera era moden itu sesuai dipasarkan kepada pelanggan yang tergolong dalam komuniti laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Reka bentuk dan navigasi
Sekilas pandang, NX1000 umpama kamera mainan berdasarkan reka bentuk ringkas yang diketengahkan dengan disalut warna asas sama ada putih atau hitam.
Bagaimanapun, Samsung berasaskan pengalamannya membangunkan pelbagai produk elektronik pengguna memperkenalkan NX1000 yang dilengkapi sistem pengesan CMOS APS-C pada 20.3 megapiksel.
Teknologi imej bertenaga Samsung itu juga membolehkan gambar dirakam pada jarak zoom menakjubkan dan pada masa sama menjamin kualiti imej yang diambil tidak terjejas.
Untuk rakaman video pula, ia menawarkan kadar kerangka sebanyak 30 kali sesaat pada 1920 x 1080 piksel Definisi Tinggi (HD) Lengkap.
Bagi aspek navigasi fungsi kamera pula, Samsung mengetengahkan pendekatan lebih produktif apabila menempatkan butang fungsi di kawasan yang mudah untuk diakses serta penggunaan ikon yang jelas dan mudah difahami.
Keunikan produk Samsung termasuk sistem kamera yang dibangunkan syarikat itu adalah butang “Smart Link” yang ditempatkan pada bahagian atas NX1000.
Butang “Smart Link” itu direka khusus bagi membolehkan imej atau video yang dirakam menerusi kamera Samsung disambungkan secara terus kepada telefon pintar.
Di sebalik pelbagai teknologi mesra pengguna diperkenalkan, Samsung dilihat tidak memperkenalkan modul Sistem Kedudukan Global (GPS) pada kameranya.
Ia menimbulkan sedikit tanda tanya sama ada Samsung mempunyai penjelasannya tersendiri untuk tidak memperkenalkan modul GPS atau mungkin mahu memperkenalkan produk kamera bertenaga dan dilengkapi teknologi asas saja.
Skrin dan kualiti imej
Skrin NX1000 menggunakan paparan LCD tiga inci pada nisbah 4:3 di bahagian belakang kamera.
Ia memainkan peranan bagi memastikan imej atau video yang diambil adalah tepat dan sebaik gambar berjaya dirakam, skrin terbabit adalah perantara berkesan untuk tontonan semula..
Skrin yang menggunakan resolusi 920,000 dot itu mampu memaparkan imej dengan jelas walaupun menghadap pancaran cahaya matahari.
Dari segi kualiti gambar yang diambil, NX1000 didatangkan dengan lensa antara 20 hingga 50 milimeter yang direka khusus untuk tidak mengeluarkan bunyi bising.
Walaupun kamera Samsung itu tidak dibangunkan dengan sistem binaan dalaman flash, ia turut dilengkapi dengan ruang sambungan flash tambahan.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, Samsung NX1000 adalah kamera ringkas yang dibangunkan dengan aspek navigasi mudah digunakan serta aspek penyampaian bertenaga.
Malah, fungsi WiFi yang dibangunkan pada Kamera Sistem Kompak (CSC) Samsung itu mampu memberikan kelebihan kepada model terkini NX berkenaan berbanding produk seumpamanya di pasaran.
Spesifikasi :
Samsung NX1000
# Pengeluar
Samsung
# Model
NX1000
# Jenis
Sistem Kamera Kompak Pintar
# Warna
Putih, hitam, merah jambu
# Format rakaman belum ditapis
SRW
# Skrin LCD utama
TFT-LCD
# Resolusi
8VGA (640 x 40)
# Skrin LCD depan
3.0 inci
# Sambungan tanpa wayar
WiFi (IEEE 802.11n)
# Port
USB 2.0 (Berkelajuan tinggi)
# Dimensi
116.59 x 62.48 x 1.44 milimeter
# Berat
0.217 kilogram
Tahukah Anda???????
Kamera sistem ada sejenis kamera didatangkan dengan ciri komponen yang boleh ditukar ganti, di mana ia menjadi teras kepada sesebuah sistem kamera. Konsep kamera sistem mula diperkenalkan pada 1930 oleh Leica I Schraubgewinde. Pada 1936 konsep kamera sistem diperluaskan Exakta dan diikuti Nikon F pada 1959.
Kamera sistem kebiasaannya mengetengahkan lensa tunggal pantulan (SLR) atau lensa berkembar pantulan (TLR). Bagaimanapun, ciri terbabit turut digunakan pada kamera penyukat jarak atau yang terkini adalah kamera lensa boleh tukar tanpa cermin.
Artikel ini salah satu kandungan dalam aplikasi Berita Harian (iBH)
Fight?
Berapakah kemusnahan yang dihasilkan oleh virus biologikal buatan tuhan berbanding virus komputer ciptaan manusia? Mari kita lihat 5 virus terkenal berentap. Siapa kamu rasakan lebih membawa mudarat kepada manusia sejagat?
Laporan asal Daily Infographics
Gadjet Pengesan Ikan
Kaki pancing dan nelayan profesional yang sanggup mengeluarkan duit poket seharusnya menjadikan gajet Fishfinder 350C keluaran Garmin sebagai teman setia mereka apabila berada di laut.
Gajet terbaru khusus untuk aktiviti memancing mahupun nelayan profesional, tanda harga RM899 bukanlah masalah besar untuk memiliki satu unit alat canggih berkenaan.
Sebab itulah Garmin Fishfinder 350C dianggap sebagai alat pengesan ikan serba canggih dan serba boleh.
Kenapa begitu? Jawapannya ialah kemampuan mengimbas air dengan kuasa 300 watt (RMS) dan teknologi pengesan Garmin HD-ID bersensitif tinggi.
Transduser berganda memaksimumkan prestasi bagi kegunaan air yang dalam atau cetek dengan menawarkan cakupan sudut luas sehingga 120 darjah bagi menyasar kedudukan ikan melangkaui sudut bot anda dan keupayaan mengesan dasar laut sehingga kedalaman 1,500 kaki.
Fishfinder 350C dilengkapi dengan beresolusi tinggi (272 x 480 piksel), warna sepenuhnya (256 warna) dan paparan Sunlight-Readable 5"WQVGA. Warna yang jelas akan membantu anda untuk tidak kehilangan sasaran ikan.
Ciri-ciri lain alat ini ialah butang khusus untuk kegunaan paling umum. Faedah kepada nelayan profesional seperti anda, Fishfinder 350C menampilkan butang khusus pada sisi kanan bagi memudahkan anda menyesuaikan pengaturan yang diperlukan seperti fungsi “Gain”, “Range” dan “Zoom”.
Jika paparan 5"WQVGA diletakkan secara menegak, Garmin memberikan perbandingan intuitif apabila menggunakan “Split Screen” pada halaman Zoom atau Frekuensi Berganda (Dual Frequency).
Sementara itu, jika bimbang Fishfinder anda hilang, anda boleh mencabut alat ini dari braket dan membawanya bersama apabila beredar dari kapal.
Fishfinder 350C adalah salah satu pengesan ikan paling intuitif di pasaran.
Pemasangannya hanya mengambil masa beberapa minit dengan menggunakan braket tilt/swivel dan tranduser transom yang sudah disertakan dalam kotak.
Spesifikasi :
Demensi Unit, WxHxD:
15.2 x 15.0 x 4.6 sm
Saiz paparan, WxH:
7.4 x 10.16 sm; Diag 12.7 sm
Resolusi, WxH:
272 x 480 Piksel
Jenis paparan:
WQVGA, 256 warna
Berat:
499 gram
Frekuensi:
200/77 kHz
Kuasa isyarat pancaran:
300W (RMS)/2,400W
Kadar voltan:
10V-28V input
Kedalaman maksimum:
1,500 kaki
Harga:
RM899
Sumber : Berita Harian Online
Status ‘via'
Bagaimana nak wat trick untuk kita tukar status ‘via blackberry ‘ atau macam2 lg... hehe menarikkan bunyi dia.....
Sebenarnya , semua smartphone mempunyai kod ID tersendiri di dalam facebook. Saya senaraikan beberapa kod yang boleh korang guna. Ianya kita gelar sebagai API keys .
Skynet (249284985083592)
iPhone (6628568379)
Blackberry (2254487659)
Palm (7081486362)
Sidekick (21810043296)
Sony Ericsson (38125372145)
Xbox LIVE (5747726667)
iPad (112930718741625)
Foursquare (86734274142)
Telegram (140881489259157)
Carrier Pigeon (130263630347328)
Morse Code (134929696530963)
Message in a Bottle (123903037653697)
Commodore 64 (138114659547999)
Your moms computer (132386310127809)
TRS-80 (134998549862981)
K.I.T.T. (129904140378622)
Mind Computer Interface (121111184600360)
eyePhone (110455835670222)
toaster (203192803063920)
microwave (0a5266c8844a1b09211e7eb38242ac2f)
Super Nintendo Entertainment System (235703126457431)
Gameboy Color (180700501993189)
GoD (256591344357588)
Glade Air Freshner (4aeb4db2e8df1cdb7f952b2269afb560)
Strawberry (a4c9fb1708a848c2241674531176209b)
The moon (221826277855257)
Dr. Pepper (eea90d40e1d12565695dbbbdbd5e965b)
Nintendo wii (243870508973644)
Alcohol (250335888312118)
Cheese (218791271497130)
iPod Nano (142039005875499)
Nintendo 64 (236264753062118)
Microsoft Excel (242740155751069)
Linux Ubuntu (220593361311050)
iPhone 5g (211333348912523)
My Bedroom (174811032586879)
Your Mums Bedroom (5f64bbc9ac2f12b983200925da461322)
Lamp (230755826955133)
Your moms anus (b625297b655f0b46c86b68f754b82121)
Refrigerator (250828364944350)
A potato (127926427295267)
Nasa Satellite (31d608d30292175bf7703149699ccb39)
Vibrator (eb4c6d1a60e19a7795da501e1f468035)
Sperm Whale (170318539700306)
Pogo Stick (185103391549701)
Banana Phone (1477a4cd29ec724a3de19be5d26e0389)
Google+ (4d8243dbb7064f88351fe6c809582320)
The Future (108372819220732)
Smoke Signal (134138923334682)
tin cans connected by string (242191299125647)
Pokedex (de3da265cf6976745bb1d60a8c198151)
Telepathy (ea01a57edb26cf1de143f09d45cfa913)
Typewriter (d3d554bf60297cb2c384e3d7cf5a066d)
Harry Potter (b8ebeb983f45eaa0bd5f4f66cad97654)
TARDIS (200439256674396)
Pip Boy (142806259133078)
Mind Control (1dc633368924b3b0b4d08e3f83230760)
Jedi Mind Control (240597869302110)
Telekinesis (224139600960217)
Post-It Note (115227201900831)
GLaDOS (246126362083515)
Ansible (185474028180003)
W.O.P.R (228373497202865)
Airwolf (123944137696757)
HMCS Belafonte (222345601140304)
Hogwarts (2dc1d3004dbc4a67c4b552be3c25ccb0)
Jom kita Try...
Untuk rakan-rakan yang belum tahu cara meletakkan share button facebook dan twitter.. ;)
Selamat Mencuba
sumber dari : http://razzozirro.blogspot.com/
Lawak belajar buat facebook..
Ada sorang lelaki ni. Dia nak blajar guna facebook. Dia SMS kawan dia untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :
Lelaki : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?
Kawan : bole. Ko dah ada depan computer?
Lelaki : dah. Aku dah ada email pun
Kawan : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer
Lelaki : browser tu ape?
Kawan : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer
Lelaki : pastu?
Kawan : kat kotak paling atas, ko type 'www.facebook.com' pastu enter
Lelaki : oke! Pastu weh?
Kawan : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada
Lelaki : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni
Kawan : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?
Lelaki : paling atas cuma ada tulisan
'the page cannot be displayed'
Kawan : oh! Ko salah tulis dari awal tu
Lelaki : betul la aku type, http://www.facebook.com/
Kawan : hm, mungkin connection internet ko mati
Lelaki : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet
Kawan : cis. Senget! Jari aku sampai kerinting kasiktau ko. Rupenye rumah ko takde internet
Lelaki : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye
Kawan : sokey bro, email ko ape weh?
Lelaki : http://www.akuhensem2011@yahoo.com
Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi
Kawan : laa.. Mana ade email pakai 'www' kat depan. Alahaiii..
Lelaki : www tu ape weh?
Kawan : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ((bengang)) >:O
huahuahua....
sumber : facebook
SUSULAN kemunculan
pelbagai aplikasi serta program multimedia di pasaran ketika ini, Toshiba
memperkenalkan Qosmio DX730, iaitu komputer peribadi desktop bercirikan semua
dalam satu yang pertamanya dengan paparan pelbagai sentuh Definisi Tinggi (HD)
berukuran 23 inci.
Ciri semua dalam satu itu
menjadikan Qosmio DX730 hab hiburan termoden bagi produk komputer peribadi
ketika ini kerana ia dilengkapi sistem audio berkualiti tinggi, aplikasi video
bertenaga dan prestasi perkomputeran premium.
Lebih unik apabila aspek
perkomputeran premium yang diketengahkan berupaya mengurus serta menghasilkan
kandungan lain pada komputer peribadi anda.
Qosmio DX730 dilengkapi
memori DDR3 16GB dan kapasiti storan sehingga 2TB bagi membolehkan simpanan fail
foto dan muzik dilakukan dengan mudah. Ia juga mempunyai sistem sokongan dalaman
bertenaga yang boleh dipasang prosesor generasi kedua Intel Core i5 atau i7.
Bertepatan dengan
identiti hab hiburan, Qosmio DX730 dengan skrin seperti televisyen serta
kemampuan menyokong kandungan HD lengkap 1080p menawarkan pengalaman seperti
berada di tempat duduk depan di pawagam ketika menonton filem DVD di rumah.
Dengan skrin yang besar,
komputer peribadi Toshiba ini juga memberi pengalaman baru dan kepuasan apabila
melayari aplikasi multimedia lain serta bermain permainan komputer.
Peminat permainan konsol
pula boleh memanfaatkan paparan komputer peribadi ini menerusi port HDMI untuk
hasil imejan visual lebih menarik.
Pembangunan papan kekunci
tanpa wayar yang menyamai reka bentuk komputernya menjadikan keseluruhan
kelengkapan komputer peribadi Toshiba ini lebih anggun.
Didatangkan dalam variasi
hitam dan putih, Qosmio DX730 sesuai di tempatkan di ruang tamu, bilik makan,
dapur mahu pun bilik tidur.
sumber : berita harian
online
0 comments: