• Lembaga Pelabuhan Johor merupakan sebuah badan kawalselia yang mengawalselia operasi di Pelabuhan Pasir Gudang dan operasi di Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah.

  • PSTM LPJ ini merupakan satu garis panduan berkenaan perancangan pelaksanaan projek-projek ICT secara lebih terancang untuk tempoh lima (5) tahun bermula 2009-2013 selaras dengan Pelan Strategik LPJ 2005-2020

  • MyMIS adalah satu panduan komprehensif untuk merancang, membangun, menyelenggara, mengurus dan melindungi maklumat sektor awam dan aset ICT lain yang berkaitan.

  • Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA), mula dianjurkan oleh MDEC pada tahun 2005 melibatkan seluruh portal dan laman web agensi kerajaan. Tujuan utama penilaian ini dibuat adalah untuk menggalakkan semua agensi kerajaan memperbaiki mutu laman web/portal masing-masing yang lebih interaktif serta menyediakan lebih banyak perkhidmatan online.

  • Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan antara Kerajaan dengan orang awam, penggunaan mesej elektronik untuk memenuhi kehendak undang-undang dan untuk membolehkan dan memudahkan urusan melalui penggunaan cara elektronik dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Next
Previous

Friday, October 05, 2012

Samsung Galaxy Note 2 Sudah Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 2,499.00


                         samsung galaxy note 2 ii gt n7100 price release launch date malaysia

Walaupun Galaxy Note 2 akan dilancarkan secara rasmi pada minggu hadapan oleh Samsung Malaysia, kelihatannya sudah ada penjual atau kedai di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah menjual phablet terbaru keluaran syarikat Samsung ini lebih awal.
Jualan Samsung Galaxy Note 2 ini sudah boleh mula dilihat di laman Lelong.com.my menerusi carian “galaxy note 2”. Harga Samsung Galaxy Note 2 yang dijual di laman ini adalah RM2,499 dan tidak termasuk kos penghantaran. Galaxy Note 2 yang dijual adalah model dengan memori dalaman (internal memory) 16GB dan merupakan set AP (Approval Permit) dengan jaminan (warranty) selama 24 bulan dari kedai itu sendiri dan bukannya dari SME (Samsung Malaysia Electronics).
samsung galaxy note 2 ii lelong bid buy malaysia
Bagi anda yang sudah tidak sabar untuk memiliki gajet ini dengan seberapa segera yang mungkin terutamanya yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor, bolehlah membuat pembelian di laman Lelong.com.my itu.
Dan bagi anda yang masih boleh bersabar, tunggu sahaja pada minggu hadapan dimana Samsung akan mengumumkan berapakah harga runcit/rasmi bagi Galaxy Note 2 ini di Malaysia. Jangkaan awal mengatakan ianya akan dijual pada harga RM2,299 iaitu harga yang sama sewaktu Samsung Galaxy Note model pertama dijual pada tahun lalu.
Seiring dengan pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia nanti, sudah pasti akan ada tawaran menarik dari syarikat telefon (telco) seperti Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile kepada para pengguna yang berminat untuk mendapatkan gajet ini nanti pada harga yang lebih murah.
Maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy Note II boleh dibaca menerusi blog post berikut : http://www.kelabwebmaster.com/blog/samsung-galaxy-note-2-dilancarkan-secara-rasmi.html
Samsung Galaxy Note 2 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 11 Oktober 2012 (Khamis).


iPhone 5 Mula Dijual Pada Harga Cuma RM619

iPhone 5 Mula Dijual Pada Harga Cuma RM619 |  iPhone terbaharu keluaran Apple Inc. mula dijual hari ini dengan paparan skrin lebih besar dan dilengkapi teknologi tanpa wayar 4G. Gajet terbaharu Apple itu dijadualkan berada dalam pasaran di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Britain pada hujung bulan ini.
IPhone 5 juga akan mula dijual di 100 negara di dunia menjelang hujung tahun ini. Telefon pintar itu dilihat mampu memberi kelebihan kepada Apple dalam persaingannya dengan Syarikat Elektronik Korea Selatan, Samsung dan gajet keluaran Google Inc.

             
Namun, iPhone 5 gagal menawan beberapa penganalisis teknologi dan pakar gajet menjelang pelancarannya di Amerika Syarikat kelmarin. Para penganalisis bagaimanapun mengunjurkan jualan gajet terbaharu itu akan dapat dijual antara 10 juta hingga 12 juta unit pada bulan ini sahaja.
Iphone 5 memiliki paparan skrin lebih besar bersaiz 10.16 sentimeter dengan fungsi internet berkelajuan tinggi 4G dan 20 peratus lebih ringan daripada model sebelum ini, iPhone 4S. Antara ciri ditingkatkan model baharu tersebut adalah iPhone 5 dapat digunakan untuk melayari web menerusi teknologi 4G selama 8 jam tanpa henti. Gajet berkenaan boleh ditempah hari ini di AS pada harga bermula daripada AS$199 (RM619) bersama pelan data. Di Malaysia? Mungkin cecah RM3 ribu kot.

sumber : www.ammboi.com

Thursday, September 27, 2012

0

Kamera Wifi


Kamera Wifi



KEPADA peminat yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi kini berpeluang mengolah daya kreativiti mereka menerusi Kamera Sistem Kompak (CSC) terbaru Samsung yang diperkenalkan dalam rangkaian model NX. 

Kemunculan siri ketiga kamera CSC Samsung itu ditampilkan menerusi siri NX1000; selepas NX20 dan NX210 ditawarkan di pasaran sebelumnya. 

Bagi NX1000, dua ciri unik serta menarik yang berjaya diketengahkan Samsung adalah pengkhususan membangunkan produk untuk segmen pengguna baru. 

Pada masa sama, ia memberikan tambah nilai apabila turut dilengkapi sistem sambungan WiFi yang cekap. 

Gambaran NX1000 dikhususkan untuk segmen pengguna baru dapat dilihat daripada bahan yang kurang berkualiti digunakan dan sedikit menyedihkan apabila kelasakannnya boleh dipersoalkan. 

Di sebalik faktor penampilan kurang menonjol, NX1000 memanfaatkan kehadirannya di pasaran sebagai satu-satunya kamera CSC di pasaran paling ringan pernah dibangunkan pada berat 0.217 kilogram. 

Sekiranya sasaran pelanggan bagi NX1000 tertumpu kepada segmen peminat dunia fotografi novis, sudah tentu ciri WiFi yang didatangkan mampu menjadi daya tarikan kepada pemilik laman rangkaian social untuk memilikinya. 
Ringan, cekap dan efisien sedikit sebanyak menggambarkan keperluan kamera Samsung NX1000 di kalangan pelanggan warga kota yang tidak memerlukan fungsi kamera canggih . 

Boleh disifatkan kamera era moden itu sesuai dipasarkan kepada pelanggan yang tergolong dalam komuniti laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. 

Reka bentuk dan navigasi 

Sekilas pandang, NX1000 umpama kamera mainan berdasarkan reka bentuk ringkas yang diketengahkan dengan disalut warna asas sama ada putih atau hitam. 

Bagaimanapun, Samsung berasaskan pengalamannya membangunkan pelbagai produk elektronik pengguna memperkenalkan NX1000 yang dilengkapi sistem pengesan CMOS APS-C pada 20.3 megapiksel. 

Teknologi imej bertenaga Samsung itu juga membolehkan gambar dirakam pada jarak zoom menakjubkan dan pada masa sama menjamin kualiti imej yang diambil tidak terjejas. 

Untuk rakaman video pula, ia menawarkan kadar kerangka sebanyak 30 kali sesaat pada 1920 x 1080 piksel Definisi Tinggi (HD) Lengkap. 

Bagi aspek navigasi fungsi kamera pula, Samsung mengetengahkan pendekatan lebih produktif apabila menempatkan butang fungsi di kawasan yang mudah untuk diakses serta penggunaan ikon yang jelas dan mudah difahami. 

Keunikan produk Samsung termasuk sistem kamera yang dibangunkan syarikat itu adalah butang “Smart Link” yang ditempatkan pada bahagian atas NX1000. 

Butang “Smart Link” itu direka khusus bagi membolehkan imej atau video yang dirakam menerusi kamera Samsung disambungkan secara terus kepada telefon pintar. 

Di sebalik pelbagai teknologi mesra pengguna diperkenalkan, Samsung dilihat tidak memperkenalkan modul Sistem Kedudukan Global (GPS) pada kameranya. 

Ia menimbulkan sedikit tanda tanya sama ada Samsung mempunyai penjelasannya tersendiri untuk tidak memperkenalkan modul GPS atau mungkin mahu memperkenalkan produk kamera bertenaga dan dilengkapi teknologi asas saja. 

Skrin dan kualiti imej 

Skrin NX1000 menggunakan paparan LCD tiga inci pada nisbah 4:3 di bahagian belakang kamera. 

Ia memainkan peranan bagi memastikan imej atau video yang diambil adalah tepat dan sebaik gambar berjaya dirakam, skrin terbabit adalah perantara berkesan untuk tontonan semula.. 

Skrin yang menggunakan resolusi 920,000 dot itu mampu memaparkan imej dengan jelas walaupun menghadap pancaran cahaya matahari. 

Dari segi kualiti gambar yang diambil, NX1000 didatangkan dengan lensa antara 20 hingga 50 milimeter yang direka khusus untuk tidak mengeluarkan bunyi bising. 

Walaupun kamera Samsung itu tidak dibangunkan dengan sistem binaan dalaman flash, ia turut dilengkapi dengan ruang sambungan flash tambahan. 

Kesimpulan 

Secara keseluruhan, Samsung NX1000 adalah kamera ringkas yang dibangunkan dengan aspek navigasi mudah digunakan serta aspek penyampaian bertenaga. 

Malah, fungsi WiFi yang dibangunkan pada Kamera Sistem Kompak (CSC) Samsung itu mampu memberikan kelebihan kepada model terkini NX berkenaan berbanding produk seumpamanya di pasaran. 

Spesifikasi : 

Samsung NX1000 

# Pengeluar 
Samsung 

# Model 
NX1000 

# Jenis 
Sistem Kamera Kompak Pintar 

# Warna 
Putih, hitam, merah jambu 

# Format rakaman belum ditapis 
SRW 

# Skrin LCD utama 
TFT-LCD 

# Resolusi 
8VGA (640 x 40) 

# Skrin LCD depan 
3.0 inci 

# Sambungan tanpa wayar 
WiFi (IEEE 802.11n) 

# Port 
USB 2.0 (Berkelajuan tinggi) 

# Dimensi 
116.59 x 62.48 x 1.44 milimeter 

# Berat 
0.217 kilogram 

Tahukah Anda???????

Kamera sistem ada sejenis kamera didatangkan dengan ciri komponen yang boleh ditukar ganti, di mana ia menjadi teras kepada sesebuah sistem kamera. Konsep kamera sistem mula diperkenalkan pada 1930 oleh Leica I Schraubgewinde. Pada 1936 konsep kamera sistem diperluaskan Exakta dan diikuti Nikon F pada 1959. 

Kamera sistem kebiasaannya mengetengahkan lensa tunggal pantulan (SLR) atau lensa berkembar pantulan (TLR). Bagaimanapun, ciri terbabit turut digunakan pada kamera penyukat jarak atau yang terkini adalah kamera lensa boleh tukar tanpa cermin.

Artikel ini salah satu kandungan dalam aplikasi Berita Harian (iBH)